Wednesday 3 February 2016

Pengembaraan Eropah 15 hari: PARIS


      Pada 29/5/2015, Jam 0600, Kami tiba di Porte Maillot Coach park, Paris. Terus kami cari Metro train yang terdekat untuk pergi ke The Loft Hostel. Pengalaman naik bus dari Paris ke London memang kena banyak sabar, walaupun bus bermalam, tapi ianya dia selesa seperti disangkakan. Sepanjang perjalanan ke Paris, Anda terpaksa turun naik bus semasa menaiki Feri menyeberangi selat English ke Paris. Untuk backpackers berjiwa kental, waktu perjalanan yg hampir 10jam dan tidur tidak mencukupi tiada masalah (but i"m not).


   Kami terus beli tiket One Day Pass Metro berharga €7 untuk pusing satu Paris. Kami bergegas ke The Loft Hostel. Harga untuk bermalam di hosterl tersebut €30 dalam mixed dorm. Kami cuma lelaki berdua, so kami tak kisah untuk tidur dalam mixed dorm. Hostel ini sangat selesa, ada ruang dapur sebelah pintu masuk, breakfast disediakan, tempat hangout yang banyak, dorm bersih dan selasa dan tandas yang bersih.

   Kami mengambil metro train untuk melawat The Louvre Museum dalam masa perjalanan cuma 20minit. Setibanya di The louvre, kami pusing2 melihat ragam manusia dengan kamera. Pelbagai jenis pelancong ada. The Louvre yang sangat masyhur dengan pyramid kaca yang dimana bawahnya terdapat museum lukisan Mona Lisa. Sebenarnya, kami bukan kisah sangat untuk masuk ke dalam museum dan tengok lukisan2 atau artifacts, cukup sekadar sampai The Louvre Museum. Sekitar The louvre museum terdapat bangunan yang cantik sampai kami tak sempat nak google.



   Kemudian, Kami berjalan kaki ke Arc De Triomphe monuments. Sambil berjalan kaki kami dapat merasa suasana Paris, Kesibukan traffic paris dan budak-budak scam mintak sign dan donation. Susunan Bangunan2 di paris sangat cantik dan klasik sesuai untuk budak2 acah hipster, bukan aku. Perjalanan kami ke Arc De Triomphe memang menarik, sepanjang perjalanan kami lalui kedai Laduree Champ Elysees, kami nk beratur sekejap utk try beli macaroon sedap katanya. tapi rasa macam malas terus sambung perjalanan. Kedai handbag Longchamp pun ada, tapi backpackers mana boleh angkut barang banyak2. Setibanya kami sampai Arc De Triomphe, kami cepat2 tangkap gambar. Kalau melancong waktu musim panas memang ramai sangat2 orang, kita terpaksa melayan kerenah orang minta gambar dan pada masa sama kita mintak orang lain ambik gambar kita balik. Di Paris macam2 kes ada dari hilang barang, kena curi, kena ugut dalam kalangan pelancong. Setiap kali apa2 mesti lebih berhati2 sebab backpackers tak banyak duit dan kena sentiasa berhati2.




   Sudah puas tangkap gambar di Arc De Triomphe monuments, Kami pergi ke destinasi terakhir yang wajib di Paris iaitu Menara Eiffel Tower. Kalau dari Arc De triomphe monuments ke Eiffel Tower dengan berjalan kaki mengambil masa 30 minit tapi lebih baik kami naik metro. Disebabkan Metro berdekatan Arc De triomphe tutup, kami terpaksa berpatah balik ke belakang sikit utk pergi ke Metro George V. Dari situ, kami mengambil masa 25 minit untuk tiba di Eiffel Tower. Sekurang2nya dapat menjimatkan tenaga untuk berjalan. 

   Kami tiba Eiffel tower dan membazir masa berlegar2 di sekitar Eiffel tower untuk cari angle terbaik untuk selfie atau panorama. Daripada usaha macam ini, kami berhasil dapatkan shot2 yang terbaik. Sekurang2nya malamnya dapat tidur dengan nyenyak sebab gambar angle cantik, apa benda aku mengarut ni. 



   Selepas berjalan sekitar Eiffel Tower, kami bergegas ke Gare de Lyon Train station untuk booking train ke Interlaken, Switzerland dan mengesahkan "Eurail Global Pass Train Ticket". Gare de Lyon train station cuma 26minit sahaja dengan menaiki Metro dari hostel kami. Walaupun sudah ada tiket Eurail Global pass, kami terpaksa tempah tiket untuk menjimatkan masa perjalanan. Dengan menggunakan Eurail Global pass, kami kena bayar train ticket ke Basel dlm €35 utk seorang. Setelah selesai urusan tempahan tiket keretapi, kami terus pulang ke Hostel dan serta singgah ke kedai Kebab untuk makan dan kemudian beli barangan makanan tambahan. Kebab €5, Creeps Nutella €3.90, Pisang €2 dan Telur €0.80. 

Tuesday 29 December 2015

Pengembaraan Eropah 15 hari: London

   Bermula pengembaraan travel eropah selama 15 hari pada 28 May 2015, saya bertolak dari Sunderland UK (student university of Sunderland) ke London, UK. Dengan harga tiket bus cuma £8 ke London dari Sunderland. Tempoh perjalanan selama 6-7jam ke London. saya mengambil bus dari syarikat Megabus, anak syarikat kepad National Express UK kalau saya tidak silap. Harga tiket bus UK sangat berbeza dari Malaysia. kebanyakan harga tiket bus atau train di UK berubah setiap masa, lagi awal anda beli, lagi murah harga tiket anda dapat. Seelok-eloknya anda membeli tiket bus UK online lebih awal kerana harga berkali ganda lebih murah.

   Selain daripada perjalanan dalam UK, Megabus juga ada tawarkan perkhidmatan bus ke negara-negara Eropah lain, boleh check sendiri di website megabus. Anda boleh ke Paris, Brussels, Amsterdam, Munich, Barcelona dengan menaiki bus sahaja dari London. Tapi masa perjalanan sangat-sangat panjang. 

    Setiba saya di kota London, saya terus bergegas ke Heathrow airport untuk mengambil adik saya yang baru tiba di London. Sampai sahaja di London, saya menggunakan perkhidmatan Underground tube London untuk ke Heathrow Airport. Setelah saya mengambil adik saya terus kami berjalan ke tempat-tempat highlights seperti London eye, Big Ben, Palace of Minster, Buckingham Palace, Tower Bridge,  Emirates stadium (untuk peminat Arsenal) dan Platform 9 3/4 di King Cross Station. 

    Kami menghabis masa 2 hari di kota london sebelum menaiki Megabus ke Paris. Pada pukul 8 malam tepat, kami berdua mengambil bus ke kota Paris. dan kami tiba di kota paris tepat pada pukul 6 pagi keesokkan harinya. Tidur di dalam amat menyeksakan dan perit namun demi menjimatkan sumber kewangan ia sungguh berbaloi. 


London Eye

Big Ben


 Penulis bersama adiknya di Big Ben London

 Buckingham Palace 

 Emirates Stadium, London

 Platform 9 3/4 untuk peminat Harry Potter di King Cross Station



Tower Bridge London

Pengembaraan Eropah 15 hari : Perancangan

Pada 29 May 2015 lepas, saya dan adik saya Faizal Nazeri telah pergi melancong ke Eropah dengan menaiki train dan bus sahaja. kami merancang untuk melancong ke 11 buah negara di Eropah (France, Switzerland, Italy, Vatican City, Germany, Austria, Hungary, Netherlands, Sweden, Denmark, Belgium). Kami pergi ke tempat-tempat utama sahaja bagi sesebuah negara dan dalam jangka masa 15 hari.

Tempat-tempat yang dilawati:-
  1. Paris, France
  2. Interlaken dan Luzern, Switzerland
  3. Milan, Rome dan Venice, Italy
  4. Vatican City
  5. Munich dan Berlin, Germany
  6. Salzburg dan Vienna, Austria
  7. Budapest, Hungary
  8. Copenhagen, Denmark
  9. Malmo, Sweden
  10. Amsterdam, Netherlands
  11. Brussels, Belgium

   Ini semuanya tempat-tempat highlight bagi setiap negara yang kami pergi. Banyak cabaran dan dugaan yang menanti terutamanya kekangan wang dan masa. Bagi menjimatkan wang, Kami membeli tiket Eurailpass selama 15 hari dengan harga Euro379. Disebabkan saya student belajar di UK, kami menggunakan mata wang Pound Sterling, maka harga dalam £278 dan harga dalam ringgit pada masa itu rm1556.80. Sekarang mungkin mencecah rm1800 disebabkan kejatuhan ringgit Malaysia. 

   Adik saya merupakan pelajar universiti di Malaysia, semua kos kami perlu berhemah dan jimat semasa Eurotrip kami. Kami travel menggunakan style bagpacking ke 11 buah negara ini. Maka kurang bebanan yang dibawa dan cenderamata yang dibeli. Tujuan bagpacking kami lebih menikmati keindahan europah dan melihat kehidupan masyarakat Eropah. 

Tiket Eurailpass

   Saya cerita sikit bagaimana tiket Eurailpass berfungsi semasa Eurotrip saya. Dengan adanya tiket Eurailpass, saya boleh naik mana-mana train yang saya suka di 33 buah negara di Eropah (kecuali UK). Tetapi dia ada syarat juga, kita hanya boleh train yang tidak perlu kepada reservation. Kebanyakan train yang perlu reservation ialah Keretapi laju. kebanyakan train antara bandar boleh pakai Eurailpass. Anda boleh check sendiri dari website ni www.eurail.com/eurail-passes/global-pass. Jika anda seorang pelajar/pekerja di UK/Eropah lebih dari 6 bulan, saya cadangkan anda mendapat tiket Interrail pass. Ia lebih murah dari Eurailpass dan fungsi nya sama sahaja dengan Eurailpass.


   Di dalam website ni ada pelbagai tempoh masa untuk digunakan dan harganya berbeza, pakej tiket yang saya ambik adalah 15 days continuous youth class (saya masih muda lagi). Tetapi semasa saya dapat promosi 2 hari tambahan percuma, lalu menjadi 17 days continuous dan hakikat saya cuma menggunakan 15 hari kerana kepenatan. Apa yang dimaksudkan "continuous" ialah validity tiket ini contoh selama 15 hari berterusan wlaupun kita tidak menaiki keretapi daripada hari pertama menaiki train.

   
   Cara-cara bagaimana nak tahu keretapi pukul berapa sampai, bagaimana nak rancang? boleh percaya ke masa keretapi sampai? ada delay ke? Komen saya mudah sahaja, keretapi di Eropah tidak kita bayangkan di Malaysia. Kebanyakan keretapi tepat pada masa ketibaan dan konsisten. Jarang sekali perubahan lokasi dan masa untuk keretapi antara bandar di Eropah. Bagaimana saya rancang perjalanan saya dengan mudah? saya cuma pakai apps android/iOS yang disediakan dengan nama "rail planner apps". Bagaimana nak guna? boleh rujuk sini. Kelebihan apps ini, kita boleh semak jadual keretapi secara offline atau tanpas talian internet.


   Bagaimana nak guna Eurailpass? senang sahaja. Semak jadual keretapi menggunakan apps Rail Planner, pilih masa dan tempat berlepas dan kemudian naik sahaja dan cari tempat kosong dan tiada reservation. Kemudian catit masa berlepas, masa tiba, lokasi berlepas dan tiba dalam envelop Eurailpass. Senangkan? Cuma pastikan setiap kali anda naik keretapi, sentiasa isi maklumat perjalanan anda dalam Eurailpass kerana konduktor keretapi akan datang menyemak tiket anda.